Friday, December 05, 2008

Mandi Wajib

Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda digalakan membaca seterusnya. Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg berstruktur dibawah nanti.

Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-

1. Mula dgn mencuci kedua tangan 3 kali.

2. Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang.

3. Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan masuk air dlm hidung). Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai selesai mandi.

4. Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.

5. Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki.

6. Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki, ia menyempurnakan wudhu tadi.

Sempurnalah mandi wajib express anda.

Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a. ”Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh tubuhnya ” (Bukhari & Muslim).

Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.

Selamat Mencuba.

Thursday, December 04, 2008

Semasa Aku Di RMC



Foxtrot Company 94 - 99

Dari Kanan Berdiri: Aku, Nizam, Keneth, Nadir, IC, EJ, Boyot, Mirul
Dari Kanan Duduk: Embek, Allahyarham Najib, Kapten Hafizah, Mr. Leong, Amir, Wak Jen



Kelas 5 Delta

Lagu RMC

Berkhidmat Memimpin
Cogan Yang Mulia
Maktab Tentera DiRaja
Yang Ternama

Putera dan Kadet
Sentiasa Bersama
Menjunjung Harapan Nusa dan Bangsa
Menuntut Ilmu Tekun Usaha
Bersukan Ukiran Sejahtera

Berdikari Amalan Yang Teruja
Memupuk Semangat Wira Waja....

Lagu Foxtrot Company

Dari timur sampai ke barat
Berkummandang di udara
Namamu harum maruahmu tinggi
Itulah F kompeni

Padamu daku berjanji
Rela menabur bakti
Sentiasa usaha untuk kompeni
Itulah cogan kami

Lagu Semangat

Tiada Gunung Terlalu Tinggi
Buat Kami Daki di Tengah Panas
Tiada Jurang Terlalu Dalam
Buat Kami Terjun
Di Malam Gelap Malam Gelap

Hutan Rimba Padang Lalang
Ku susuli jalanan yang jauh
Panas Terik Hujan Berangin
Maju lah Ayuh Maju Ayuh Maju

Haram Patah Hati Kami
Kerana Terlatih nya
Pasukan PUTERA RMC
Menyapu lawan semua....Yah...Yah...Yah

Payung Indah Berkembang
Di Angkasa Raya
Desiran Ombak Ku kayuh
Cuaca Buruk Ku rempuh
Itu lah PUTERA RMC