Wednesday, February 25, 2009

Who wants to be a Billionaire

lawak gak lah video nie

Friday, February 06, 2009

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika bagi nda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Wallahu'alam

Wednesday, January 28, 2009

Ini Kereta Proton Ape?

Cube teka

Friday, December 05, 2008

Mandi Wajib

Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda digalakan membaca seterusnya. Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg berstruktur dibawah nanti.

Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-

1. Mula dgn mencuci kedua tangan 3 kali.

2. Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang.

3. Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan masuk air dlm hidung). Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai selesai mandi.

4. Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.

5. Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki.

6. Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki, ia menyempurnakan wudhu tadi.

Sempurnalah mandi wajib express anda.

Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a. ”Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh tubuhnya ” (Bukhari & Muslim).

Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.

Selamat Mencuba.

Thursday, December 04, 2008

Semasa Aku Di RMC



Foxtrot Company 94 - 99

Dari Kanan Berdiri: Aku, Nizam, Keneth, Nadir, IC, EJ, Boyot, Mirul
Dari Kanan Duduk: Embek, Allahyarham Najib, Kapten Hafizah, Mr. Leong, Amir, Wak Jen



Kelas 5 Delta

Lagu RMC

Berkhidmat Memimpin
Cogan Yang Mulia
Maktab Tentera DiRaja
Yang Ternama

Putera dan Kadet
Sentiasa Bersama
Menjunjung Harapan Nusa dan Bangsa
Menuntut Ilmu Tekun Usaha
Bersukan Ukiran Sejahtera

Berdikari Amalan Yang Teruja
Memupuk Semangat Wira Waja....

Lagu Foxtrot Company

Dari timur sampai ke barat
Berkummandang di udara
Namamu harum maruahmu tinggi
Itulah F kompeni

Padamu daku berjanji
Rela menabur bakti
Sentiasa usaha untuk kompeni
Itulah cogan kami

Lagu Semangat

Tiada Gunung Terlalu Tinggi
Buat Kami Daki di Tengah Panas
Tiada Jurang Terlalu Dalam
Buat Kami Terjun
Di Malam Gelap Malam Gelap

Hutan Rimba Padang Lalang
Ku susuli jalanan yang jauh
Panas Terik Hujan Berangin
Maju lah Ayuh Maju Ayuh Maju

Haram Patah Hati Kami
Kerana Terlatih nya
Pasukan PUTERA RMC
Menyapu lawan semua....Yah...Yah...Yah

Payung Indah Berkembang
Di Angkasa Raya
Desiran Ombak Ku kayuh
Cuaca Buruk Ku rempuh
Itu lah PUTERA RMC


Friday, November 21, 2008

Ingatlah

"Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui..."